Masa aku kecik2 dulu aku di panggil Pak Itam dan abg aku Pak Putih oleh salah sorang Pakcik aku. Sebab nya? Obviously sekali aku ni hitam dan abg aku putih. Masyarakat Melayu memang menghina orang2 yg kulitnya gelap. Bukan masyarakat Melayu saje tapi semua masyarakat dunia; India, Arab, Cina, Omputih dan yang lain2. Dalam masyarakat orang Melayu aku rasa orang utara (dari kawasan pulau) paling mendiskriminasi anak2 atau sesiapa yang gelap berbanding yang putih. Mungkin sebab negeri ni banyak mamak kut. Ada mamak putih ada mamak gelap. Yang itam ni di pandang tak cantik dan tak de siapa nak kawin. Kalau kawin pun dgn yang itam dan tak cantik jugak. Kalau ada anak dia orang nak kawin orang kulit gelap risau nya mak bapak, terutama makl, takut nanti cucu2 pun hitam. Cucu hitam sure tak brapa sayang. Yang itam ni juga di pandang tak pandai, tak layak berjawatan tinggi, pendek kata tak layak berjaya dalam hidup. Kalau anak yg itam ni berjaya sedara mara akan kata, 'amboi, tak padan itam'. Bukan sedara mara saje, kawan2 pun akan hina termasuk ustaz2 jugak. Pernah aku tengok satu program ceramah ni yg berbincang pasal warna kulit. Ustaz tu boleh kata ' yang lebih teruk nya dah lah kulit hitam, hati pun hitam.' Tak ke kita boleh tafsir dari kata2 ustaz itu berkulit itam ni memang hina?
Di sini aku nak bagi anecdotes yang masih melekat kat kepala aku pasal macam mana orang memandang rendah pada orang2 berkulit gelap ni. Pada satu hari sepupu aku yang aku tak berapa rapat ni, orang utara, datang rumah aku. Masa tu aku tengah menunggu nak pergi oversea untuk sambung belajar. Bukan dia nak congratulate aku ke, tapi dia kata 'bagus lah, nanti pi sana kulit boleh putih sikit.' Terdiam sekejap aku. Satu lagi situasi: mak aku terjumpa makcik aku dan bagi tau dia yang aku dapat scholarship pi oversea. Reaction dia, "amboi tak padan", maksud tersirat, 'amboi tak padan itam, nak pi oversea.' Ada sorang lagi dua pupu aku yang tak aku tak berapa rapat, dia ni lelaki, bapak dia pernah jadi gabenor sebuah negeri di utara. Masa tu aku sekolah rendah, so satu hari kami sefamili pi melawat keluarga dia. Pastu mak bapak dia suruh abg aku dan aku pi main dgn dia. Budak tu layan abg aku dengan baik sekali, aku di marah2 nyactak tentu pasal dan dia boleh kata kat aku " I don't like you". Aku tau sebabnya, aku ni itam dan huduh. Dah lama aku tak jumpa dia, tapi kalau aku jumpa dia aku nak remind dia yg dia pernah cakap dia tak suka aku. Sedara2 yang lain yang tak selalu jumpa, terutama yg dari utara ni kalau kami pi melawat mereka mesti ada yg kata ' awat yg ni hitam?'. So bayangkan macam mana soalan2, perkataan, layanan semua itu memberi kesan kepada 'self-esteem' seorang kanak2? Aku rasa diskriminasi sedemikian memang ada impak dalam membentuk personaliti aku. Bila dah dewasa ni pun ada jugak orang pandang hina pada aku yang itam ni. Satu ari masa aku nak hantar mak pak aku pi umrah ada beberapa kawan cum business partner abang aku datang ke airport . So abang aku introduce lah aku sebagai adik dia. Terbeliak mata dia dan ternganga mulut dia macam tak percaya yang aku ni adik abang aku. Aku diam aje. Yang pelik nya dia ni mamak hitam gak. Aku ni reaksi memang lambat sikit. Lain kali kalau ada orang kata kenapa aku ni hitam tak macam orang lain dalam famili aku, aku nak kata, "kenapa, berdosa ke aku ni hitam, hina ke orang hitam, tak layak hidup ke aku ni hitam, gerenti tak masuk syurga ke aku ni sebab hitam?" Boley?
Tak semua sedara mara aku yg pandang hina dan mendiskriminasi aku yang hitam ni. Sedara mara aku yg kat selatan semua tak pernah kata dan layan aku beza dari abang aku yg putih. Malah dia orang sayang aku lebih. Mak pak aku pernah tak defend hinaan orang sebab aku hitam? Seingat aku tak pernah. Pak aku malah macam setuju and consent the treatment dan kata2 terhadap aku yang hitam ni. Bapak aku memang tak suka aku. Aku lagi tak suka bapak aku. But that's a different entry all together.
Pasai apa orang menghina orang berkulit hitam ni? Mungkin tamadun mengajar mereka yang orang hitam ni ada sifat dan perangai yang tak bagus. Tengok ler pada masyarakat Africa dan India. Dan juga kenapa penduduk yang miskin, yang tak maju dan yg bermasalah dari mana2 negara2 contoh nya Amerika berkulit hitam? Entah lah. Mungkin ada kaitan antara warna kulit, perangai dan impaknya pada ekonomi dan kedudukan sosial.
Aku ni pandang hina tak pada orang berkulit hitam? Mungkin. Experiences may have moulded me into reacting that way. Perhaps our eyes may have been trained to view dark skinned people as ugly. Just look at how kids react when they see dark skinned people. Dia orang mesti takut dan tak nak salam orang2 dewasa yang berkulit gelap ni. So is this perception of dark skinned people innate, embedded in our genes? I wonder whether reseaches have been carried out on this. I believe it has been carried out somewhere.
Hitam2 aku pun masa aku dok hostel ramai jugak minat kat aku. Ada saje yang nak kacau.
No comments:
Post a Comment