Lama jugak tak hujan kat tempat aku ni dan semalam dalam pukul 6 hujan lebat bebeno. Aku dah agak dah bila American Idol nak mula mesti hujan, betul tekaan aku. So macam biasa Astro tak boleh dapat dan akan keluar kotak kuning kecik kat TV aku. Hujan bebeno lebat sampai bocor sikit bumbung kat family area tingkat atas rumah aku. Ni hujan lagi nih, masa aku tulis entry ni. Apa pun aku suka hujan dari hari panas terik. Aku suka udara sejuk selepas hujan. Cuma yang aku tak suka hujan ni bila aku baru basuh kain atau kereta. Selalu bila aku basuh kereta pagi, petang mesti hujan. Kawan aku plak kata bila dia basuh cadar jer mesti hujan. So bila lama tak hujan aku suruh dia basuh cadar supaya hujan.
Macam aku suka hujan aku juga suka cuaca sejuk. Aku suka cuaca bermusim. Kawan kata aku tak ni tak berapa betul sebab suka sejuk. Nak buat camne, memang aku suka sejuk, memang Poyeng gila. Muahahaha
No comments:
Post a Comment