Sunday, May 4, 2008

Jumaat, Sabtu dan Ahad

Jumaat

Hari Jumaat tak brapa banyak aktiviti aku buat. Pagi macam biasa mop satu rumah. Tengah hari pi sembahyang Jemaat. Lepas tu pegi kedai tiles pilih tiles untuk dapur extension aku. Petang BB datang pastu lepas magrib pegi kedai makan kat Kelana Jaya yang popular itu. Kedai ni aku dapat tahu dari membaca blog-blog. Itu satu keuntungan baca blog2 ni, kita dapat tahu kedai makan mana nak pergi, tempat2 cuti mana nak melawat. Kedai tu stall aje, makanan yang ada kat situ dasyat2 belaka, macam kat restoran western. Orang pun ramai. Harga pun murah, Kalau order makanan yang sama kat Chillie's or TGIF sure dah RM100 lebih. Kat situ tak sampai RM60. Tapi memang patut pun harga macam, makan tepi jalan. Tapi portion memang banyak. BB order mixed grill, lepas makan sikit dah mengah. Selalu dia boleh habis makanan banyak tu kejap je. Aku order spagetti meatballs cabornara. Tak habis, tinggal satu meatball. Sebelum sampai ingat BB order satu dish, aku satu dish dan satu lagi dish kami share, macam kami selalu buat. Nasib baik tak order dish extra.



Ini spagetthi meatballs carbonara. Gambar di ambil dari blog Dr Shah. Harap dia tak marah.

Ini mixed grill BB order. Gambar dari Dr. Shah gak.

Sabtu

Sabtu pagi macam biasa aku basuh bilik2 air aku. Lepas tu bawak mak aku balik tengok2 rumah dia. Lepas balik aku relax2 je. BB sibuk study sebab tengah final exam. Tengah hari sikit pakcik karen datang buat wiring untuk dapur extension. Petang aku dan BB pegi makan kat kedai 'mee sahaja' tu. Lepas makan pi kedai kitchen cabinet nak tengak cabinet dan mintak quotation. Estimate harga untuk cabinet dapur extension tak lah mahal macam aku assume, dengan solid top dan high -gloss cabinet. Kalau guna ABS kurang RM1ooo. Mana plak nak cari duit ni, jual pungkoq dah tak laku. Lepas magrib BB balik kolej dia, kalau dia tak balik dia tak boleh study sebab kat sini banyak distractions, especially Internet. Nanti dia ralit berYouTube. Minggu depan dia balik kampung 7 minggu nun jauh kat sana. Malam aku sibuk switching channels antara Konsert AF dengan AIM. Teruk betul Toi tu nanyi, sampai Aflin Aman Ramli kat performance dia mati banyak kali. Dari mula dulu lagi dia ni aku rasa tak boleh nyanyi. MrManager dalam Diari EXT pun kata dia ni takde bakat menyanyi, tapi main angklung memang amazing. Tapi dia ni tak keluar pun, Alif yg panas tu plak keluar. Hampeh.


Ahad

Pagi Ahad macam biasa lepas solat pada waktu dekat nak syuruk aku basuh kereta. Tengah2 aku cuci kereta kawan, colleague cum jiran aku singgah hantar kuih. Dia ni selalu hantar makanan kat aku, cake lah, egg tart lah, buah lah. Lauk jer dia tak hantar sebab dia ni beragama lain. Dia tahu kut aku tak boleh makan makanan tak tentu. Selalu dia ni ingat kat aku. Lepas mandi aku pi breakfast. Hari ni orang datang pasang wall tiles. Bagus, lagi cepat siap dapur aku ni lagi bagus. Sambil memblog ni sambil tengok Janice Dickinson Modelling Agency. Loud le makcik tu tapi, tapi interesting personality. Sambil tu tengok gak Jom Bersama Eric. Most of the time, design Eric ni boleh tahan, cuma aku tak brapa setuju dengan konsep dia yang mesti ada feature wall yang colour mesti lain, selalu nya yang lebih gelap. Nate Burkus interior designer Oprah tu tak pernah emphasize feature wall warna lain. Dia panggil konsep tu accentuated wall. Wall colour rumah2 yang dia 'makeover' semua guna one tone jer, takde pun feature-feature wall ni.




3 comments:

Pakcik Kopi said...

wahhh... 3 days full of relaxing eh??? good for you anyway.. love the makan2... happy relaxing weekend.. :)

Shah said...

Macam pernah ku lihat gambar2 ini tapi di mana ya? Hehehehe...

arnaz said...

Di blog En Shah le, boleh ke pinjam?