Sejak dah start balik kerja ini aku rasa macam nak bercuti pegi jalan-jalan. Baru sebulan kerja dah nak pi jalan-jalan, bley? Bley, apasal tak bley plak.
Tadi masa duduk dengan colleague2 aku kami sembang2 pasal jalan2. Sorang tu kata dia baru balik dari pi melawat Cambodia. Dia pegi tengok Angkor Wat. Katanya satu hari tak cukup nak tengok Angkor Wat. Aku pun terus rasa nak pi sana. Tapi sebelum pi sana aku nak pi Bali dulu. Kawan aku yang pegi sana baru2 ni kata seronok ke Bali. Maka aku pun tengok ler harga ticket pi Bali bulan 12 ni kat website Air Asia...mahal sikit. Rupanya peak season sebab Mat2 Salleh ni semua nak pi sana celebrate New Year. Hmmm...takut juga nak pi sana Disember ni, takut meletop.
Last sekali aku pi berjalan obersi ialah pada bulan Mei-Jun tahun lepas. Aku pegi tempat orang suka croissant and makan pasta. Memang seronok, lebih2 lagi aku dapat duduk free, tak jauh plak tu dari menara besi yang fofular. Dari lawatan itu, tatkala melihat gambar2 kota itu di kaca tv aku terasa amat sedih sebab aku amat teringin hendak kembali dan tinggal disana lebih lama lagi.
Dua lagi tempat yang akan membuat aku sayu apabila menonton dokumentari mengenai kedua kota ini ialah kota2 suci di Arab Saudi sana. Sedih betul aku sebab pengalaman nya berbeza sekali dari pengalaman berkunjung ke tempat2 lain. Walaupun sudah empat kali aku ke sana, aku masih mahu ke sana lagi. Bila agaknya dapat kesana....tapi ada sedikit takut kesana sebab dosa bertimbun.